Liverpools-Roberto-Firmino-celebrates-scoring-their-first-goal

REFLEKSI: WEST BROM 0-1 LIVERPOOL

“Tandukan ke belakang daripada Lucas, dan FIRMINO!!!!”

Begitulah kisah yang terjadi di The Hawthorns Ahad lalu, di mana Liverpool berjaya membawa 3 mata pulang setelah menewaskan West Bromwich Albion 0-1. Banyak juga kisah menarik dalam perlawanan itu, seperti percubaan jarak jauh Moreno yang sedikit tersasar, serta gelagat Wijnaldum yang mengayam Ben Foster di hujung perlawanan.

Setelah tamat perlawanan, saya cuba membawa 3 perkara menarik untuk dijadikan panduan kepada Liverpool dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

 

PENDEK BUKAN PENGHALANG UNTUK MENTERJEMAHKAN SET-PIECE KEPADA GOL 

C9mqwQlXYAALkIs

Grafik dari akhbar Times menunjukkan Lucas dan Firmino berjaya berganding menghasilkan gol walaupun mereka lebih pendek berbanding pemain West Brom

Free kick Milner pada malam itu tidaklah begitu direct ke kotak penalti. Malah ia menuju ke Lucas lalu ditanduk ke belakang melepasi bek West Brom yang rata-ratanya tinggi 6 kaki, terus ke Firmino untuk disudahkan menerusi tandukan.

Ini membuktikan bahawa anda tidak perlu menjadi tinggi, atau membelanjakan duit yang banyak untuk membeli pemain tinggi sebagai cara untuk menjaringkan gol melalui set-piece, sebaliknya anda perlu bijak melepasi benteng dan kawalan lawan untuk menjaringkan gol.

Mungkin Milner, Lucas dan Firmino boleh buat free kick macam ni tiap kali perlawanan?

LIVERPOOL PERLU BUANG GEMURUH KETIKA PERMULAAN PERLAWANAN

Salah satu masalah Liverpool ketika menentang kelab kecil ialah mereka kerap memberikan ruang kepada lawan untuk melancarkan serangan pada awal permainan. Kadangkala mereka dibolosi, seperti perlawanan menentang Burnley di Anfield. Dalam minit ke 20 perlawanan barulah mereka mendapat rentak dan cuba menyerang.

Apa yang Liverpool perlu lakukan pada awal perlawanan ialah mereka perlu memenangi bola dari pihak lawan dan memulakan serangan dengan cepat, sama seperti apa yang mereka lakukan ketika menentang West Brom pada Ahad lalu. Dari situ Liverpool boleh melancarkan serangan dan mencari gol.

BEK PERLU FOKUS, TAK BOLEH BERHARAP SEPENUHNYA KEPADA MIGNOLET

West-Bromwich-Albion-v-Liverpool-Premier-League

Sepanjang perlawanan, kelihatan bek kurang fokus dan kerap melepaskan bola kepada Hal Robson Kanu dan Matt Phillips untuk melancarkan serangan. Walaupun Mignolet melakukan beberapa key saves terutama di akhir perlawanan, namun bek 4 Liverpool yang seperti Lovren dan Milner perlu lebih fokus dalam mengawal pemain lawan serta melakukan tackle.

Tugas berat menanti 4 bek Liverpool yang akan menjaga Christian Benteke, Wilfried Zaha dan rakan-rakan mereka sempena perlawanan menentang Crystal Palace Ahad nanti. Jika tidak dijaga dengan baik, mungkin akan menyebabkan Liverpool dalam keadaan bahaya.

KESIMPULAN

Klopp pasti gembira dengan kemenangan ini. Sukar untuk menang di The Hawthorns namun Klopp dan pemain mengetahui perkara ini dan akhirnya berjaya menyelesaikan misi yang tertunggak sejak 2011 lagi. Tahniah!

Jika ‘win ugly’ yang Klopp mahu, lakukanlah. Namun apabila menentang Crystal Palace di laman sendiri nanti, saya rasa Liverpool perlu bermain seperti biasa, cuma 4 bek perlu fokus sepanjang perlawanan terutamanya ketika dalam situasi set-piece. ‘Win ugly’ hanya boleh digunakan apabila diperlukan namun bukan setiap perlawanan perlu begitu.

YNWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *