Alex-Oxlade-Chamberlain-Arsenal-Chelsea

ALEX OXLADE-CHAMBERLAIN: PERLU ATAU TIDAK?

Alex Oxlade-Chamberlain. Nama yang tidak asing lagi bagi peminat tegar EPL serata dunia. Namun beliau lebih dikenali sebagai pemain yang ‘injury prone’ serta tidak konsisten. Tambahan pula, Arsene Wenger lebih gemar menggunakan pemain seperti Mesut Ozil dan Theo Walcott berbanding beliau kerana mereka lebih kreatif dan lebih laju. Hal ini memaksa beliau untuk cuba keluar dari Arsenal dengan tidak menandatangani kontrak baru yang ditawarkan. Liverpool dilaporkan antara kelab yang berminat.

  • Nama penuh: Alexander Mark David Oxlade-Chamberlain
  • Kelab: Arsenal (sejak 2011)
  • Posisi: Midfield kanan (dominan), Midfield kiri dan Midfield tengah (kurang dominan)
  • Umur: 23
  • Karier: Southampton (36 league apps, 9 goals) dan Arsenal (125, 9)
  • Keseluruhan Karier: 231 apps, 30 gol
  • Caps: England (25, 5)
  • Price Tag: 35 juta (pound)
  • Kontrak tamat: Jun 2018

KARIER ARSENAL SECARA RINGKAS

a.espncdn.com

Oxlade-Chamberlain bersama bakal kapten?

  • Debut: Kekalahan 8-2 menentang MU di Old Trafford (EPL), masuk sebagai subs, ganti Coquelin
  • Gol Debut: Kemenangan 3-1 menentang Shewsbury Town (League Cup)
  • Dipilih sebagai antara calon PFA Pemain Muda Terbaik 2011-2012, tewas kepada Kyle Walker
  • Musim 2012-13 menyaksikan beliau hanya menjaringkan 1 gol sepanjang musim, menentang Newcastle United (Arsenal menang 7-3)
  • Antara calon Anugerah Golden Boy pada 2013 walaupun mengalami kecederaan selama 3 bulan pada awal musim 2013-14 dan FA Cup Final 2014
  • Membuat satu assist ketika FA Cup Final 2015 kepada Olivier Giroud untuk menjadikan keputusan 4-0
  • Menjaringkan 2 gol (dalam semua pertandingan) pada musim 2015-16 sebelum mengalami kecederaan ketika menentang Barcelona pada bulan Februari dan terpaksa disisihkan hingga akhir musim
  • Menjaringkan gol kedua Arsenal menentang Liverpool ketika perlawanan pembukaan musim 2016-17, namun tewas 4-3

KARIER ANTARABANGSA BERSAMA ENGLAND

  • Membuat 1 penampilan bersama skuad England U-18 menentang Poland U-18
  • Bermain bersama skuad bawah 21 England bermula pada Februari 2011, 6 bulan setelah menyertai Arsenal
  • Mencipta 5 assist dalam masa 5 hari ketika bersama skuad bawah 21 England menentang Azerbaijan U-21 dan Israel U-21 sebelum menjaringkan hatrik menentang Iceland U-21 sebulan kemudian
  • Dipanggil mewakili England untuk kejohanan EURO 2012
  • Melakukan debut bersama skuad senior menentang Norway, menggantikan Ashley Young
  • Menjaringkan gol pertama bersama skuad senior England, menentang San Marino

PENGHARGAAN

Oxlade-Chamberlain telah menerima beberapa pujian dari pemain dan pengurus, antaranya:

  • Dilabel Marco van Basten sebagai ‘permata’
  • Dilabel Robin van Persie sebagai ‘masa hadapan Arsenal dan England’
  • Arsene Wenger memuji beliau sebagai seorang yang cepat belajar
  • Berada dalam League One Team Of The Year bersama Southampton pada musim 2010-11

PERLU ATAU TIDAK?

article-2560552-1B8C7E5C00000578-938_634x399

Sadio Mane adalah satu-satunya pemain yang boleh beraksi di bahagian kanan di Liverpool. Namun kecederaan yang dihadapinya ketika menentang Everton menyaksikan Klopp terpaksa berfikir dan membawa seorang midfield/wing kanan sebagai backup musim hadapan. Nama Alex Oxlade-Chamberlain mula disebut oleh media ketika 2 tempoh perpindahan yang lalu, namun Klopp ada menafikan mahu menggunakan beliau ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media.

Klopp pernah menolak untuk membeli Alex Teixeira dari Shakhtar Donetsk (yang akhirnya berhijrah ke Jiangsu Suning) kerana pihak kelab telah meletakkan harga yang tidak sepadan dengan taraf liga dan taraf pasukan sehingga Liverpool tidak mampu membayarnya, walaupun pemain itu sendiri secara tidak terang mahu berhijrah ke Liverpool dengan meluahkan perasaannya di akaun Instagram. Dilaporkan Shakhtar meminta 50 juta (euro) untuk khidmat beliau, dan hanya Jiangsu Suning sahaja yang mampu untuk belanja sebanyak itu.

Jika Klopp tidak mahu membayar Alex Teixeira yang menjaringkan 67 gol dalam 146 penampilan dengan harga yang sebegitu mahal, inikan pula Alex Oxlade-Chamberlain yang ‘injury prone’ dan tidak konsisten dengan harga 35 juta (pound). Jika Klopp ingin membawa pemain ini sebagai backup kepada Sadio Mane, maka Klopp akan dianggap membazir kerana membawa seorang backup dengan harga sebegitu mahal. Lainlah kalau Klopp mahu buat Ox sepertimana Eddie Howe buat Wilshere di Bournemouth.

Kesimpulannya, andai Klopp mahu beliau, saya harap carilah pemain lain. Memang Klopp mahu lebih ramai pemain England dan homegrown dalam pasukan, namun Ox bukanlah solusi terbaik. Tambahan pula, saya rasa sudah ramai pemain England dalam skuad Liverpool seperti Clyne, Henderson, Milner, Lallana dan Joe Gomez. Jika Liverpool mahu menambah, maka Ryan Sessegnon mungkin solusi terbaik yang boleh digunakan.

Akhir kata, semoga Klopp bijak menggunakan 200 juta (pound) dengan sebaiknya musim hadapan. Target player yang media dan orang dalam telah laporkan di Twitter juga sedap didengar di telinga, walaupun sedikit mahal namun Klopp perlu untuk berbelanja besar agar misi juara liga musim hadapan berjaya dicapai.

Sekian. YNWA

 

Jika anda ada artikel yang ingin dikongsi bersama kami, bolehlah email kepada kami di youngredsmalaysia@gmail.com. Sila sertakan nama (samaran pun boleh) dan kami akan publish di website kami secepat mungkin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *