IMG_20160415_172456

TOP 4, MAMPUKAH LIVERPOOL?

Klopp dan para pemain Liverpool melangkah keluar dari padang bet365 Stadium dengan penuh harapan. Mereka bukan sahaja menang 2-1 menentang Stoke City, tetapi mereka juga menang buat kali pertama tanpa Sadio Mane dalam liga musim ini. Lebih ‘manis’, inilah kemenangan away pertama Liverpool dalam liga pada tahun 2017, setelah seri 3 kali dan tewas 2 kali sejak seri 2-2 menentang Sunderland pada Januari lalu.

SINDROM ‘MEMANDANG RENDAH KELAB PERTENGAHAN DAN BAWAH’

nintchdbpict000295997676

Fernando Llorente meranapkan impian Liverpool untuk unbeaten di Anfield musim ini

Kelab seperti Swansea City, West Brom dan Watford adalah pasukan yang lebih ditakuti oleh fans Liverpool berbanding Manchester City, Chelsea dan Arsenal. Kelab-kelab kecil ini sering dipandang rendah dan dikatakan ‘tidak mampu menghasilkan kemenangan menentang Liverpool’ atas sebab prestasi mereka. Namun pada saya, ini bukan masalah sebenar Liverpool. Mereka memandang semua kelab adalah sama hebat.

LIVERPOOL TIDAK MAHIR UNTUK ‘MENANG BURUK’ (WIN UGLY)

Ini adalah salah satu masalah yang terjadi. Kadangkala lawan terlalu mengasak dan berjaya menjaringkan gol, namun Liverpool (lebih tepat Jurgen Klopp) tidak ada idea untuk mencari gol balas apabila lawan mula parking bas selepas mereka menjaringkan gol. Namun perlawanan menentang Stoke (A) dan Burnley (H) menunjukkan bahawa Liverpool sudah mampu untuk ‘win ugly’.

Namun, Liverpool perlu berjaga-jaga. Kelalaian di bahagian belakang yang kebanyakannya berpunca daripada Lovren dan Klavan boleh merugikan pasukan. Jika anda menonton perlawanan lawan Stoke, anda tidak akan senang duduk melihat mereka, namun mujur Simon Mignolet banyak menyelamatkan bola dalam situasi bahaya dari Charlie Adam dan Saido Berahino. Maka, Liverpool perlu menguatkan posisi pertahanan tengah dengan membawa masuk seorang pemain baru musim panas nanti

klopp-mignolet

Man of the Match vs Stoke (A), Simon Mignolet

TOP 4? BOLEH KE?

Pada saya, Liverpool mampu melangkah ke top 4 musim ini. Dengan syarat bahawa Liverpool perlu konsisten dalam baki perlawanan terakhir. Sekali dua seri boleh dimaafkan, namun Liverpool tidak boleh tewas langsung dalam baki perlawanan. Bagi saya, dalam baki 6 perlawanan, Liverpool mampu memungut minimum 16 mata daripada 18 yang ada. Dengan itu, kedudukan Liverpool untuk layak ke Champions League sangat cerah. Andai pasukan rival seri/tewas, anggaplah itu rezeki untuk Liverpool, namun mereka perlu fokus untuk 3 mata setiap perlawanan sebagai fokus utama.

KESAN TERLEPAS TOP 4 vs DAPAT TOP 4

TERLEPAS TOP 4: dana kurang, pemain star sukar untuk datang ke Liverpool, maka squad depth tidak akan bertambah, juga misi ke top 4 perlu diusahakan lebih lagi untuk musim depan.

DAPAT TOP 4: dana tinggi, pemain star akan datang kerana aksi Champions League, misi ke top 4 masih perlu diusahakan lebih lagi, squad depth bertambah

Sekian pandangan dari saya. YNWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *