internationalchampionscupliverpoolvbarcelonaskjdzhtcmsbl

MOMENT TERBAIK LIVERPOOL MUSIM INI

2016-17 telah separuh perjalanannya. Suka dan duka, kecewa dan gembira semua telah dilalui setakat ini. Pemain baru mula menunjukkan taring namun ada juga yang masih belum memuaskan. Mari kita lihat apa yang berlaku dalam EPL musim ini setakat ini.

1. Coutinho meledak gol pertama musim ini dengan gol direct free kick kedua beliau sejak menyertai Liverpool

images

Coutinho melepaskan free kick kencang melepasi benteng dan Petr Cech sebelum separuh masa pertama

2. Burnley di tempat lawan. Kecewa. Sangat kecewa

 images-1

2016. Baju baru, masalah sama. Leka bila lawan pasukan bawahan

3. Burton Albion mangsa seterusnya. Sturridge dengan 2 jaringan memusnahkan lawan di tempat lawan

burton-albion-v-liverpool-efl-cup-second-round

Lompat tinggi mana pun masih gagal menghalang tandukan Roberto Firmino

4. Klopp masih gagal menang menentang Pochettino dalam liga setelah seri 1-1 di WHL

 626833

That face bila Klopp pilih Origi berbanding Sturridge. Rumours nak keluar makin rancak pulak lepas tu

 151017-204-tottenham_liverpool-e1459450509886

Klopp masih gagal untuk menang menentang Tottenham dan MoPo dalam saingan liga (3 seri dalam 3 perlawanan)

5. Main Stand baru dirasmikan dengan kemenangan menentang juara bertahan!

12697024_10153319454710846_9122344087821650309_o

Main Stand. Masterpiece

liverpool-v-leicester-city

Sadio Mane mengamuk pada penampilan pertama beliau di Anfield, mencatatkan 1 gol dan 1 assist

6. Gol cantik Jordan Henderson buat Marko Grujic ternganga

2892

Gol cantik Henderson menentang Chelsea, calon goal of the season. Courtois sendiri tak mampu menghalangnya.

57e38f14c09d9_screenshot20160922at08-57

Nganga tu jangan besar sangat nanti masuk lalat

7. Ragnar Klavan pemain Estonia pertama menjaringkan gol bersama Liverpool

389efd1500000578-0-image-a-27_1474399358241

Klavan meraikan jaringannya menentang Derby dengan hampir menumbuk pemain lawan. Sampai takut brader tu

8. Swansea away. Hampir kecundang. Akhirnya lega selepas penalti James Milner

james-milner-premier-league-swansea-v-liverpool-011016_15uhnals1hcoh1licf0dmpaasj

“Panggil saya jika anda ada penalti yang perlu diselesaikan. Saya akan selesaikan sendiri. Ikhlas dari saya Encik Reliable”

9. Lawan MU. Bas dah pecah, tapi dinding Sepanyol pula jadi penghalang

hi-res-9111e4430830610ad0fe64daf032cc4f_crop_north

Seorang ketua, seorang lagi mata duitan

10. 4-3. Bournemouth. Kecewa.

bournemouths-ryan-fraser-celebrates-scoring-their-second-goal-1

Fraser duri dalam daging, tulang belakang kebangkitan Bournemouth di Vitality Stadium

11. Mane penyelamat Liverpool ketika Merseyside Derby

sadio-mane-640x423

Macam pelesit!” kata Pak Abu kepada rakannya ketika mengulas tentang gol Sadio Mane ini di kedai mamak

12. Lallana seluar koyak-koyak ketika interview di Sky Sports

lallanajeansinsert

“Akhi, ente tak tutup aurat haritu” tegur Imam Sadio Mane di Melwood sehari selepas temubual ini disiarkan di TV.

960

7 gol, 7 assist. Pemain England paling berjaya di EPL setakat ini. Bergaya di dalam dan luar padang.

13. Wijnaldum hancurkan Man City di Anfield

nintchdbpict000291650434

Wijnaldum melompat paling tinggi lalu menewaskan Claudio Bravo. Satu-satunya shot on target Liverpool ketika perlawanan itu. Tapi menang

james-milner-raheem-sterling

Sterling gelabah setiap kali Milner menyergah dari belakang

MOMENT LAIN SEPANJANG 2016-17

186915

Kaki Coutinho kena sapu dengan Ndong, menyebabkan Coutinho terpaksa direhatkan untuk tempoh yang lama

ben-woodburn-liverpool-2016_1n8ku8fr1jfp61489x7vlg7gwp

Ben Woodburn mencipta sejarah sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Liverpool ketika menentang Leeds Utd

mane

Sadio Mane menunggang belakang Klopp setelah menjaringkan gol memukau menentang Arsenal

download-1

Karius melakukan kesilapan ketika perlawanan menentang West Ham, menyebabkan beliau dihantar semula ke bangku simpanan

p161219-284-everton_liverpool-544x456

Gambar terbaik Liverpool musim ini, skuad meraikan gol minit akhir Sadio Mane ketika menentang Everton

HARAPAN PENULIS UNTUK BAKI MUSIM

Satu piala musim ini paling minima. Juara EPL pun boleh. Paling penting, pemain perlu konsisten dan sentiasa fokus ketika perlawanan menentang kelab bawahan.

YNWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *