js74100072

ANALISA: SUMMER TRANSFER 2016

Summer transfer telah berlalu. Liverpool sekali lagi memperkuatkan skuad mereka dengan pemain-pemain baru. Tidak kurang juga, kali ini seramai 14 pemain yang terdiri daripada fringe player dan beberapa first-team player telah disingkirkan daripada pasukan. Beberapa pemain muda telah dihantar keluar ke kelab lain untuk menimba pengalaman yang cukup, sebelum kembali ke Liverpool sebagai pemain yang lebih kuat. So, penulis hari ini akan memberikan sedikit ulasan berkenaan pemain yang baru masuk dan telah keluar.

IMPAK PERUBAHAN POLISI TRANSFER LFC

ian-ayre

Ian Ayre antara ahli Transfer Committee dalam Liverpool FC

Pada 8 Oktober 2015, Liverpool secara rasmi telah melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus baharu Liverpool. Namun, ramai yang tertanya-tanya berkenaan polisi kelab berkenaan transfer, yang di mana telah diketahui sebelum ini tentang kewujudan ‘Transfer Committee’ yang akan melakukan scouting dan membeli pemain. Jelas ketika Klopp tiba di Liverpool, beliau mengatakan bahawa tiada apa-apa masalah dengan perkara itu (Transfer Committee).

Apa yang diubah oleh Klopp ialah dengan mengurangkan kuasa Transfer Committee. Mereka hanya dibenarkan untuk melakukan urusan pembelian dengan pemain dan kelab asal beliau. Pemain yang mahu direkrut adalah pemain yang Jurgen Klopp mahukan.

Impaknya pada hari ini, tiada lagi isu ‘Pemain Transfer Committee’ seperti yang disebut-sebut ketika era Brendan Rodgers. Tiada juga pemain yang akan disingkirkan daripada kesebelasan utama kerana beliau adalah ‘Pemain Transfer Committee’ dan tidak menepati taktik pengurus.

mamadou-sakho-salutes-the-home-fans

Mamadou Sakho antara pemain yang dibawa masuk oleh Transfer Committee

PEMAIN MASUK

sadio-mane

Sadio Mane dibawa masuk oleh Jurgen Klopp dengan harga 30 juta pound

Klopp bertindak bijak dengan menyambar bek tengah Schalke 04 dan pemain kebangsaan Cameroon, Joel Matip (free) dan penjaga gol utama Mainz 05, Loris Karius (4.5 juta pound) sebelum transfer window dibuka. Marko Grujic juga dibeli pada bulan Januari 2016 dengan harga 5 juta namun baru tiba pada bulan Julai setelah tempoh pinjaman kepada Red Star Belgrade tamat.

Walaupun Klopp berbelanja besar dengan membeli Sadio Mane (30 juta pound) dan Giorginio Wijnaldum (23 juta pound), Klopp berjaya mendapatkan Ragnar Klavan (4.2 juta pound) dan Alex Manninger (free) dengan harga yang murah.

Secara total, Liverpool berbelanja 61 juta pound sepanjang summer transfers kali ini, 17 juta kurang daripada musim lalu.

Joel Matip

364d710500000578-3691682-image-a-6_1468574941098

Joel Matip dengan ketinggian 6 kaki 4 inci mengangkat jersi Liverpool buat pertama kali

Beliau melakukan debut ketika Liverpool menewaskan Burton Albion 5-0 dalam saingan EFL Cup. Beliau juga berjaya mempamerkan persembahan hebat ketika seri 1-1 dengan Tottenham Hotspurs dan menang 4-1 vs Leicester City. Beliau dikatakan akan menjadi centre back utama skuad Liverpool musim ini, bersama-sama Dejan Lovren.

Loris Karius

363f0c4f00000578-3689105-image-a-3_1468443480480

Loris Karius mengawal bola dalam satu perlawanan persahabatan

Melakukan debut dalam perlawanan persahabatan menentang Tranmere Rovers, Karius seakan-akan memberi saingan sengit dengan Mignolet untuk slot penjaga gol utama kelab ini. Setelah beberapa perlawanan persahabatan, Karius dikatakan patah tangan dan bakal terlepas awal musim. Namun Karius telah recover lebih cepat daripada jangkaan, dan dijangka akan melakukan debut menentang Chelsea pada Sabtu ini.

533946278-e1464159521924-800x445

Senyuman dan gaya rambut Loris Karius sahaja sudah mampu membuatkan awek-awek LFC ternganga 

Sadio Mane

liverpool-v-leicester-city

Sadio Mane meraikan gol kedua Liverpool ketika menentang Leicester City

Beliau tiba dengan tanda harga yang besar dan semestinya telah mengundang keresahan kepada peminat Liverpool sendiri. Namun beliau tidak mengendahkan semua itu. Beliau mempamerkan persembahan bertaraf dunia setaraf dengan tanda harga beliau. Larian dan celahan beliau di Emirates Stadium masih dan akan segar dalam ingatan peminat Liverpool sampai bila-bila.

Penulis menganggap pembelian ini merupakan satu bargain daripada Liverpool. Sepatutnya dengan kelebihan, kepantasan dan persembahan beliau di atas padang, beliau sepatutnya berharga 89 juta pound.

Peminat Liverpool juga sudah tidak perlu merayu kepada kelab kesayangan mereka untuk ‘Sign Reus’ melalui akaun twitter rasmi kelab, kerana mereka ada Sadio ‘Super’ Mane!

Rekod Super Mane setakat ini:

  • vs Barcelona (1 gol 1 assist)
  • vs Arsenal (1 gol)
  • vs Burton Albion (2 assist)
  • vs Leicester City (1 gol 1 assist)

southamptons_saido_mane_and_liverpool_manager_juergen_klopp_at_t_231496

Pelukan Jurgen Klopp kepada pemain Southampton, Sadio Mane musim lalu setelah Southampton menewaskan Liverpool 3-2

Ragnar Klavan

ragnar-klavan-signing-for-liverpool

Antara backup centre back Liverpool musim ini, Ragnar Klavan

Pemain bek veteran dari FC Augsburg ini hanya dibeli sebagai backup kepada centre back sedia ada. Namun persembahan memuaskan beliau ketika menentang Arsenal wajar dipuji. Setelah persembahan hambar vs Burnley, beliau dihantar ke bangku simpanan semula dan memberikan slot centre back kepada Joel Matip.

Alex Manninger

manninger-302x362

Penjaga gol veteran Liverpool, Alex Manninger bersama jersi Liverpool

Penjaga gol 39 tahun ini didapatkan oleh Klopp setelah menjalani trial dengan kelab selama seminggu-dua minggu. Memahami peranan beliau sebagai penjaga gol ketiga di belakang Loris Karius dan Simon Mignolet, beliau akan memberikan pengalaman kepada penjaga gol pertama dan kedua supaya prestasi mereka akan lebih meningkat.

Georginio Wijnaldum

wijnaldum_1-large_transq1dnh8fc6llximcp2qjj36ewx0flhwdseq6zr57l3kq

Senyuman yang menawan daripada Wijnaldum ketika sesi photoshoot di Melwood

Kegagalan Klopp untuk membawa Mahmoud Dahoud dan Piotr Zielinski ke Liverpool mendorong beliau untuk mendapatkan khidmat Giorginio Wijnaldum. Dibantu faktor ‘Agent Rafa’, Liverpool berjaya menyambar pemain ini dengan harga 23 juta.

Namun ada suara sumbang berkenaan pemain ini. Menurut peminat Newcastle Utd, beliau memang akan terlibat dengan gol dan assist. Namun beliau dikatakan ‘hilang’ dalam kebanyakan tempoh masa 90 minit perlawanan.

Penulis mempersetujui apa yang peminat Newcastle itu kata, hanya selepas menonton match vs Arsenal. Walaupun beliau senyap sepanjang perlawanan, namun beliau berjaya melakar assist cantik kepada Adam Lallana untuk gol kedua Liverpool. Ketika menentang Leicester City, beliau berjaya juga membuat assist kepada Adam Lallana untuk gol ketiga Liverpool.

Harap Wijnaldum akan lebihkan assist kepada pemain lain, bukan Lallana sahaja.

Marko Grujic

internationalchampionscupliverpoolvbarcelonaskjdzhtcmsbl

Grujic dengan gaya seakan mahu azan setelah menjaringkan gol vs Barcelona

Dibeli pada Januari, dipinjamkan ke Red Star Belgrade, kemudian kembali ke Liverpool. Namun beliau setakat ini gagal mendapatkan masa permainan walaupun seminit dari Jurgen Klopp, walaupun agak impressive ketika pra-musim dengan gol tandukan cantik menentang Barcelona, ianya gagal menarik minat Klopp untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama.

Mungkin ada perancangan lain dari Klopp, itu kita tak tahu. Namun Grujic berhak dapat waktu perlawanan (walaupun 15 minit akhir perlawanan).

TRANSFERS OUT

download

Martin Skrtel berhijrah ke Fenerbahce setelah hampir 10 tahun bersama Liverpool

Antara highlight transfer out kali ini ialah penjualan Mario Balotelli ke Nice, Christian Benteke ke Crystal Palace dan Martin Skrtel ke Fenerbahce. Kebanyakan pemain yang dijual adalah pemain first team. Namun begitu, Klopp meletakkan ‘buy-back clause’ kepada dua pemain muda, Sergi Canos (Norwich) dan Jordon Ibe (Bournemouth). Jika Klopp berpuas hati dengan persembahan mereka di kelab masing-masing, Klopp akan menggunakan ‘buy-back clause’ untuk membeli mereka semula dan menguatkan pasukan secara tidak langsung.

Kepada yang tidak faham isu ‘buy-back clause’, boleh rujuk kes Alvaro Morata (Juventus-Real Madrid)

KESIMPULAN

jurgen-klopp-lucas-leiva-640x400

Gambar Hiasan

13 juta pound. Itulah net transfer yang dihasilkan Liverpool sepanjang musim panas kali ini. Dalam usaha untuk merawat kembali masalah kewangan Liverpool, kelihatan ianya adalah satu langkah baik. Strategi Klopp dalam transfer yang kurang berbelanja besar dan tidak mahu overpay akan menjadikan kelab dalam situasi terbaik 5 tahun akan datang.

Anything happened in transfer window, just have faith in Jurgen.

YNWA

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *