PREVIEW: BURNLEY VS LIVERPOOL

Salam sejahtera kepada semua kopites yang sudi meluangkan masa untuk membaca sedikit preview pra perlawanan antara pendatang baru EPL, Burnley menentang Liverpool. Ini merupakan match kedua bagi kedua dua pasukan musim ini.

Perlawanan ini pada asalnya akan dilangsungkan di Anfield, namun pihak Liverpool memohon untuk menukar venue perlawanan kerana keadaan stadium yang masih belum stabil akibat pembinaan Main Stand baru.

DETAIL PERLAWANAN

  • Burnley vs Liverpool
  • 11 malam waktu Malaysia
  • Turf Moor
  • Ref: Lee Mason
  • LIVE ASTRO CHANNEL 816/834HD

Dundee United's Burnley's

Venue perlawanan antara Burnley dan Liverpool akan berlangsung di stadium ini, Turf Moor

3 MATA MUDAH?

Setelah menang 4-3 menentang Arsenal, pastinya fans Liverpool sudah boleh menjangkakan bahawa skuad kendalian Jurgen Klopp ini mampu untuk menang mudah ke atas Burnley. Rekod Jurgen Klopp menentang kelab 3 terbawah sejak dilantik manager Liverpool agak merisaukan. Liverpool berjaya mendapatkan 2 kemenangan dari 4 perlawanan iaitu:

  • Newcastle 2-0 Liverpool
  • Norwich 4-5 Liverpool
  • Aston Villa 0-6 Liverpool
  • Liverpool 2-2 Newcastle

Kolo-Toure

Kolo Toure menggelongsor setelah mudah menjaringkan gol menentang Aston Villa di Villa Park musim lalu (2016)

Namun begitu, rekod pertemuan lepas antara Liverpool dan Burnley memihak kepada Liverpool. Kali terakhir Liverpool tewas kepada Burnley dalam semua pertandingan ialah ketika FA Cup 2004/05. Liverpool tewas 1-0. Kali terakhir Liverpool tewas kepada Burnley dalam saingan Premier League ialah pada September 1974 (tewas 1-0)

jordan-henderson-premier-league-liverpool-v-burnley-040315_14uhbu4j6nxn918w1fczmhl8ed

Rembatan kencang Henderson hanya mampu disaksikan Coutinho dan 3 pemain Burnley lain, untuk memberikan gol pendahuluan kepada Liverpool (2015)

Rekod 5 match terakhir Burnley dan Liverpool (dalam semua pertandingan):

  • Liverpool 2-0 Burnley (PL, 2015)
  • Burnley 0-1 Liverpool (PL, 2014)
  • Burnley 0-4 Liverpool (PL, 2010)
  • Liverpool 4-0 Burnley (PL, 2009)
  • Burnley 1-0 Liverpool (FA, 2005)

Rekod keseluruhan head to head antara Burnley dan Liverpool juga memihak The Reds, dengan 30 kemenangan daripada 69 perlawanan. 18 seri dan 21 kalah.

PERSIAPAN PRA PERLAWANAN

3749388500000578-3742924-Burnley_have_completed_the_signing_of_Belgium_international_Defo-a-38_1471345121944

Burnley berjaya mendapatkan khidmat midfield Belgium dan Anderlecht, Steven Defour yang juga merupakan record signing mereka 

  • Burnley kendalian Sean Dyche dijangka akan menurunkan skuad terkuat mereka dan bakal memberikan debut kepada pemain baru mereka, Steven Defour.
  • Klopp bakal menurunkan James Milner sebagai bek kiri ekoran gaya permainan Moreno yang hambar ketika menentang Arsenal tempoh hari.
  • Sadio Mane tidak akan diturunkan kerana kecederaan bahu namun dijangka akan fit semula pada perlawanan menentang Tottenham Hotspurs
  • Flanagan tidak akan diturunkan kerana kontrak pinjamannya tidak membenarkan beliau untuk diturunkan menentang kelab asalnya.

FORM

Burnley-vs-Swansea-City

Leroy Fer dan rakan-rakan bergembira setelah berjaya membolosi gawang Burnley (2016)

Jika Liverpool memulakan musim baru Premier League dengan langkah kanan, Burnley pula sebaliknya. Skuad Sean Dyche tewas 1-0 kepada Swansea City menerusi jaringan Leroy Fer.

RAMALAN PENULIS: BURNLEY 0-2 LIVERPOOL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *