Cover

Analisis Arsenal vs Liverpool

FULL TIME GAMEWEEK 1
ARSENAL 3 – LIVERPOOL 4


Cp0zWPIXgAA014k
                      Kesebelasan Utama Liverpool menentang Arsenal.

Pasukan Liverpool memulakan musim 16/17 dengan kemenangan 4-3 ke atas Arsenal di stadium Emirates kelmarin.

Gol Liverpool telah dijaringkan oleh Coutinho (2 kali), Lallana dan juga pemain baru, Sadio Mane.
Manakala gol Arsenal pula dijaringkan oleh Walcott, Chamberlain dan juga Chambers.


Cerita tentang dua separuh masa. Separuh masa pertama yang compact. Dan separuh masa kedua yang agak chaotic dan menghiburkan.

Arsenal bermain 4-2-3-1 tanpa majoriti pemain Euro yang diberi lebih masa untuk berehat.

Liverpool pula bermain 4-3-3 yang ultra attacking, tanpa natural defensive midfielder dan kedua dua full back push higher up the pitch. Henderson bermain seperti seorang quarter back, sentiasa membuka ruang dengan switch play dari kanan ke kiri dan vice versa.

Separuh masa pertama.

P160814-026-Arsenal_Liverpool-1200x662
Mignolet berjaya menyelamatkan penalti dari Walcott

Liverpool high pressing sementara Arsenal compact bertahan. Melihat bagaimana space yang besar ditinggalkan oleh Moreno, Wenger mengarahkan Walcott untuk attack space tersebut. Arsenal mendapat penalti setelah Walcott dijatuhkan oleh Moreno dalam kotak penalti namun penalti tersebut berjaya diselamatkan oleh Mignolet.

Namun seminit kemudian Walcott menebus kesilapan dengan menjaringkan gol setelah berjaya memanfaatkan peluang setelah Moreno terlalu ke atas dan membiarkan Walcott keseorangan tanpa di marking.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Liverpool berjaya menyamakan kedudukan melalui free kick dari Coutinho. World class free kick.

Cp5vk4rWcAANYBs
Gol pertama Liverpool untuk musim ini dari the Magician

 


Separuh masa kedua

Kita dapat perhatikan di mana hanya Clyne sahaja push ke atas sementara Moreno diarahkan untuk stay defensive dan fokus positioning Walcott. Walcott berjaya dimatikan untuk second half.

Liverpool menyerang dari kawasan kedua dua flank, di mana mereka membuat low cross ke dalam penalty box. Tiada commanding Centre Back seperti Koscielny menyebabkan back four Arsenal tak dapat stop crossing. Front three Liverpool bermain narrow di central bagi menekan defender muda Arsenal.

Setelah ketinggalan, barulah Arsenal mula menyerang dengan lebih lagi setelah kemasukan Ox Chamberlain. Dan dengan physical presence Xhaka sedikit sebanyak dapat stop serangan Liverpool. Namun too little too late.

Coutinho betul – betul dapat mood malam ni. Berada di posisi yang betol setiap kali crossing daripada Clyne.


Kekalahan Arsenal boleh dikatakan berpunca dari taktikal mereka sendiri.

1. Berkampung di own half tanpa Xhaka dan commanding centre back. Seolah olah mengundang Liverpool untuk berterusan untuk menyerang.

2. Jika Arsenal bermain 4-3-3 dengan Ox Chamberlain di sayap kiri dari minit pertama, confirm Clyne takkan overlapping kerap ke atas.

Tetapi di sebalik kita membicarakan tentang Arsenal, kita harus sedar yang Liverpool bukanlah satu artikel yang lengkap atau complete team.

1. Liverpool perlukan seorang DM yang merupakan ball winner dan boleh initiate attack from deep. Sekarang midfielder Liverpool jenis circulate passing dan intercept. Risiko kalau jumpa team yang bermain counter attack. Kena ada sorang yang main fizikal di situ macam De Rossi.

2. Left back yang lebih baik. Mungkin Hector pemain Germany?

Kredit analisis ini kepada  page Taktikal Bola Dunia


Refer artikel yang original Analisis Arsenal vs Liverpool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *