Matchday

PREVIU ARSENAL VS LIVERPOOL

Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Akhirnya pada hari ahad ini, kita akan menyaksikan kembali pasukan kesayangan kita beraksi di stadium Emirates, bertemu Arsenal untuk perlawanan yang pertama dalam BPL.


Gameweek 1 
Arsenal vs Liverpool
14 Ogos 2016 (Ahad) | 11.00 Malam | Emirates Stadium


James Milner mungkin akan terlibat untuk game lawan Arsenal ahad ini, biarpun tidak beraksi semasa menentang Mainz 05. Manakala, Sturridge mungkin akan kembali berlatih bersama pasukan selepas terlepas dua perlawanan akhir pre season iaitu, Barcelona & Mainz 05. Lovren & Grujic dijangka “fit” untuk game hari ahad ini. Pemain lain lain seperti Sakho, Lucas, Gomez, Karius  akan terlepas perlawanan pertama untuk musim 16/17. Masing masing dalam tempoh pemulihan.


Untuk 5 musim yang lepas, Liverpool telah menang 3 kali perlawanan pertama.

Musim 11/12  –         Liverpool 1     Sunderland     1
Musim 12/13  –         WBA          3     Liverpool         0
Musim 13/14  –         Liverpool  1     Stoke                0
Musim 14/15  –         Liverpool  2     Southampton 1
Musim 15/16  –         Stoke         0     Liverpool        1

Stoke Vs Liverpool 15/16
Rembatan Coutinho yang memberi 3 mata yang pertama untuk musim 15/16

STATISTIK

A5 Size-01

Kali terakhir kedua dua pasukan bertemu berkesudahan  seri 3-3 di Anfield. Terima kasih kepada Welsh Xavi, Joe Allen ( yang kini bermain untuk Stoke City).

Rekod Liverpool apabila beraksi di Emirates juga kurang memuaskan, hanya mampu mencatatkan satu kemenangan daripada 13 pertemuan semenjak Stadium Emirates diguna pakai oleh Arsenal. Menang 2-0 di Emirates.

Kali terakhir Liverpool bertemu Arsenal pada perlawanan pertama adalah waktu musim 10/11 dimana berkesudahan 1-1. Dibawah kendalian Uncle Woy waktu itu.


Line Up Prediction

Dengan Karius yang masih dalam proses pemulihan, Mignolet akan jadi pilihan Klopp untuk belakang back 4. Clyne seperti biasa akan retain position dia while pair untuk CB kemungkinan akan adalah Lovren – Klavan yang nampak promising sewaktu beraksi menentang Barcelona. Posisi keft back kemungkinan akan di ambil oleh Milner andai dia fully fit, namun Liverpool still ada Moreno untuk posisi left back.

Barisan tengah mungkin akan dikawal oleh Can – Wijnaldum – Lallana.

Tanggungjawab attacking mungkin akan terletak di trio Mane – Firmino – Coutinho. Dibawah Klopp, Firmino banyak main as second striker/centre forward dibantu pula oleh Mane dan juga Coutinho.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *