PA-3896641

PREVIEW MAINZ 05 VS LIVERPOOL

Salam sejahtera kepada semua kopites. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Jangan lupa setting baik2 team fantasy masing-masing sebab deadline dah nak dekat. Kalau nak bersaing sesama kopites yang lain, sertailah liga fantasy MY-LFC dan YoungRedsMY. May the best team win!

SIAPA MAINZ 05?

FSV_Mainz_05

Mainz 05 atau nama formalnya ialah 1. FSV Mainz 05 (1. Fußball- und Sport-Verein Mainz 05 e.V.) adalah merupakan kelab dari Jerman yang kini beraksi dalam Bundesliga. Pengurus mereka kini ialah Martin Schmidt dan musim lalu mereka menamatkan saingan Bundesliga di tangga ke 6 (wow!).

Mainz 05 bakal menjadi lawan terakhir untuk perlawanan pra musim Liverpool, 19 jam selepas aksi Liverpool menentang FC Barcelona di Wembley.

 maxresdefault

Opel Arena merupakan nama baru stadium Mainz 05 bermula musim hadapan. Sebelum ini, ia dinamakan Coface Arena.

DETAIL PERLAWANAN

  • Liverpool vs Mainz 05
  • Ahad 9:45 malam waktu Malaysia
  • Live di Astro 817
  • Opel Arena, Mainz, Germany

KLOPP DAN MAINZ 05

Jürgen KloppFSV Mainz 05 Foto: Jung Presse&Bilderdienst Jürgen Jung Zur Louismühle 15 66359 Bous Tel: 01733125894 Bankverbindung: KSK Saarlouis Blz: 59350110 Kn: 247393457 Miglied beim Deutsche-Fotojournalisten e.V. DFJ

Jürgen Klopp menggalas tugas sebagai pengurus Mainz 05 bermula tahun 2001 hingga 2008 

Jurgen Klopp dan Mainz 05 tidak dapat dipisahkan. Beliau berkhidmat di Mainz 05 bermula tahun 1990 (sebagai pemain) dan berakhir pada Mei 2008 (sebagai pengurus). Sepanjang karier beliau sebagai pemain, beliau berjaya menjaringkan 52 gol dan pernah bermain di 2 posisi, sebagai penyerang dan pertahanan.

Sepanjang karier beliau sebagai pengurus pula, beliau berjaya membawa Mainz 05 ke Bundesliga dan UEFA Cup 2005-2006. Namun mereka tersingkir ke 2. Bundesliga pada musim 2006-2007

Setelah 269 perlawanan bersama Mainz 05 (108 kemenangan, 78 seri dan 83 kekalahan) , Klopp akhirnya meletakkan jawatan beliau, sekaligus menamatkan karier beliau di Mainz 05.

PRE SEASON STATISTIC

LIVERPOOL FC

download

Marko Grujic terhantuk kepala dengan pemain Chelsea, Bertrand Traore, menyebabkan Grujic terpaksa dihantar ke hospital.

  • Match #1: Tranmere Rovers vs Liverpool (0-1)
  • Match #2: Fleetwood Town vs Liverpool (0-5)
  • Match #3: Wigan Athletic vs Liverpool (0-2)
  • Match #4: Huddersfield Town vs Liverpool (0-2)
  • Match #5: Chelsea vs Liverpool (1-0)
  • Match #6: Liverpool vs AC Milan (2-0)
  • Match #7: Liverpool vs AS Roma (1-2)
  • Match #8: Liverpool vs FC Barcelona (4-0)

1. FSV MAINZ 05

IMG_20160806_193041

Aksi menarik Mainz 05 ketika menentang Novara Calcio 

  • Match #1: SG RWO Alzey vs 1. FSV Mainz 05 (0-5)
  • Match #2: 1. FSV Mainz 05 vs FV Biebrich 1902 e. V. (7-0)
  • Match #3: Colorado Springs Switchbacks FC vs 1. FSV Mainz 05 (0-6)
  • Match #4: Leones Negros de Universidad de Guadalajara vs 1. FSV Mainz 05 (1-1, 3-4 pens)
  • Match #5: 1. FSV Mainz 05 vs Sevilla FC (0-1)
  • Match #6: 1. FSV Mainz 05 vs Servette Genf (2-1)
  • Match #7: 1. FSV Mainz 05 vs Novara Calcio (0-2)

PAST FIXTURES (HEAD-TO-HEAD)

PA-3896641

Antara penyokong yang hadir di Coface Arena untuk aksi persahabatan Liverpool vs Mainz 05 (2006)

Liverpool dan Mainz 05 tidak pernah bertemu dalam perlawanan kompetitif. Namun mereka pernah bertemu dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

Berlangsung di Coface Arena, skuad Mainz 05 yang dipimpin Jürgen Klopp berjaya membelasah Liverpool yang dipimpin Rafa Benitez dengan keputusan 5-0.

PERSIAPAN PASUKAN

  • Bekas kapten dan penjaga gol Mainz 05, Loris Karius tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini kerana masih cedera di bahagian tangan.
  • Mainz 05 dijangka akan menurunkan skuad terkuat malam ini.

TAHUKAH ANDA?

David-3

Antara aksi Loris Karius musim lalu bersama Mainz 05 menentang Borussia Monchengladbach 

  • Sebelum beraksi untuk Mainz 05 dan Liverpool, Karius pernah bermain bersama Manchester City untuk beberapa musim.
  • Karius merupakan penjaga gol kedua terbaik Bundesliga musim lalu, di belakang Manuel Neuer.

RAMALAN PENULIS: LIVERPOOL 3-0 MAINZ 05

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *