Thumbnail

PREVIEW LIVERPOOL FC VS FC BARCELONA

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua kopites. Selamat datang ke website baharu MY-LFC, sebuah pertubuhan yang diwujudkan khas untuk peminat-peminat Liverpool FC di Malaysia. Semoga anda semua sihat belaka. Teruskan menyokong Liverpool walau rebah!

suarez-and-mascherano-need-careful-selected-1425406587554

Bagi anda yang rindu kelibat El-Pistolero dan Javier Mascherano, 12.15 pagi Ahad ini merupakan masa yang sesuai untuk anda melepaskan rindu itu, kerana Liverpool akan berkunjung ke Wembley, London untuk pertembungan dengan gergasi FC Barcelona dalam saingan terakhir Liverpool dalam ICC 2016. Menariknya, perlawanan ini berlangsung di Wembley, bukan di Amerika seperti kebiasaannya.

Bagi anda yang masih mencari tiket untuk menonton match ini live di Wembley, lebih baik anda lupakan sahaja hasrat itu, kerana tiket untuk match ini telah habis dijual setengah jam selepas akaun twitter @lfc mengumumkan bahawa mereka akan menentang Barcelona pada 7 Ogos ini.

DETAIL PERLAWANAN

  • Liverpool vs Barcelona
  • Ahad 12:15 pagi waktu Malaysia
  • Live di Astro 837
  • Wembley Stadium, London

PRE SEASON STATISTIC

LIVERPOOL FC

Liverpool
Liverpool beraksi menentang Milan. Liverpool menang 2-0
  • Match #1: Tranmere Rovers vs Liverpool (0-1)
  • Match #2: Fleetwood Town vs Liverpool (0-5)
  • Match #3: Wigan Athletic vs Liverpool (0-2)
  • Match #4: Huddersfield Town vs Liverpool (0-2)
  • Match #5: Chelsea vs Liverpool (1-0)
  • Match #6: Liverpool vs AC Milan (2-0)
  • Match #7: Liverpool vs AS Roma (1-2)

BARCELONA FC

Barcelona
       Ex Liverpool, Suarez Dan Brendan Rodgers
  • Match #1: Celtic vs Barcelona (1-3)
  • Match #2: Barcelona vs Leicester City (4-2)

PAST FIXTURES (HEAD-TO-HEAD)

Craig-Bellamy

Craig Bellamy dengan gaya tersendiri selepas berjaya menjaringkan gol menentang Barcelona (2007)

Pastinya fans Liverpool tak akan merupakan memori 2007 apabila 88000 penonton menyaksikan Liverpool menewaskan Barcelona dengan jaringan 2-1. Deco menjaringkan gol awal untuk Barcelona sebelum Bellamy dan Riise memberikan kemenangan bermakna untuk Liverpool yang akan dikenang sampai bila-bila

CFJFaBzWYAAm6jh

Pep Guardiola enggan bersalaman dengan Gerrard selepas match vs Barcelona (2001)

PERSIAPAN PASUKAN

      • Barcelona dikhabarkan akan turun dengan skuad terkuat.
      • Suarez dan Mascherano mungkin bermain 90 minit.
      • Joël Matip mungkin akan terlibat, manakala Marko Grujic dalam keadaan normal dan dijangka akan terlibat vs Barcelona.

TAHUKAH ANDA?

      • Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-3 Klopp di Wembley, namun beliau masih mencari kemenangan pertama di stadium itu (tewas 2 kali)
      • Luis Suarez menjaringkan 80+ gol sepanjang karier beliau bersama Liverpool (12 daripadanya menentang Norwich City!)
      • Javier Mascherano melakukan 94 penampilan liga bersama Liverpool, dan hanya menjaringkan 1 gol

RAMALAN PENULIS: Liverpool 2-1 Barcelona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *